Wednesday, 13 April 2011

Tips Bercinta


 Pagi ini aku nak berkongsi cerita dan tips untuk cinta berkekalan seperti aku dan si dia yang selama ini telah terjalin selama dua tahun. Perkenalan kami telah ditakdirkan di melaka ketika kami berusia 17 tahun. Alhamdulillah dengan izin allah dan restu ibu bapa. kami telah saling sayang menyayang antara satu sama lain sehingga kini. Cuma bergaduh tu ada la juga bila ada persilisihan faham. Bak kata Arwah P.Ramlee yang mendendangkan lagu Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Apa Pula Suami Isteri. walaubagaimanapun kami akan berusaha untuk jadikan cinta ini berterusan hingga ke akhir zaman. Dia bernama Nor Shyla Mohd Nor


Korang nak tahu bagaimana ingin cinta berkekalan untuk selama-lamanya. First memang tak dapat dinafikan ikut jalan allah, seperti jauhkan larangannye, dan buatlah suruhannya contoh seperti sembahyang jangan la lupa yew..


PENAMPILAN
Seterusnya mesti sentiasa menjaga penampilan, sebelum pergi dating tu jangan lupa pulak nak mandi, nanti bila balik dating dapat mesej yang mengatakan kita putus. Korang nak macam tu? mesti tak nak kan. And then pakai la deodoran dan perfume. COP!!! korang jangan pakai minyak wangi yang memeningkan just simple je. Bila sudah kelihatan cantik menawan dan hensem lagi bergaya barulah pergi buat date. Sekurang-kurangnye tak delah nampak hodoh bila dah pun tergolong dari golongan yang hodoh....Betol??


SENYUMAN
Kemudian korang mesti selalu berikan senyuman yang ikhlas kerana senyuman yang ikhlas melambangkan muka yang sempurna. Bila bercakap mesti merendahkan diri, ini kerana bila kita merendahkan diri, pergaduhan susah nak timbul hanya perasaan kasih sayang yang berkuasa. Dan yang paling utama, jaga kesihatan mereka serta jangan terlalu mengongkong, always berikan sedikit ruang untuk berkawan....TaPi.........!!! mesti dibawah pemerhatian la...takut silap je hari bulan, kena kebas pulak kan...


MINTAK IZIN IBU BAPA SI DIA
Dari segi keluarga pulak...untuk dapat restu dari ibu bapa korang cuba berkenalan dengan keluarga si dia, dan minta keizinan untuk berkawan dengan si dia. Ayat macam tu je..tapi dari segi zaman sekarang nie, cakap kat ibubapa si dia hanya berkawan, padahal couple..huhuh..kalau takut nak berjumpa ibubapa si dia ikot cara aku first time dulu, time raya datang rumah dia. Hurm time tu la bersembang macam-macam dengan keluarga dia. Bukan apa, ini semua untuk mempertahankan kisah percintaan dan juga mengeratkan silatulrahim antara kuarga masing-masing.

KalaU TaK PercayA, CubA.Insyaallah..

                                                                     AssalamualaikuM

2 comments: