Monday, 18 April 2011

DulU DaN SekaranG....



 Setiap manusia pasti akan menerima perubahan dalam hidup..
begitu juga aku..
Perbezaan Dulu dan sekarang buatku berubah dan terus berubah...

Dulu aku hanya budak-budak yang nakal...
Dulu aku sentiasa happy kerana sahabat sentiasa di sebelah ku..

Dulu aku mudah mendekati gadis..
Dulu aku sorang yang malas nak belajar sebab aku hanya enjoy semata-mata..

Dulu aku suka buat orang sakit hati..
Dulu aku sentiasa keluar dengan kawan-kawan enjoy bila ada hari perayaan dan hari cuti am..
Dulu aku senang, duit tak pernah kosong dalam poket ku....
Dan dulu sembahyang aku endah tak endahkan...

Tapi sekarang hidup aku dah berubah,
Bukan sebab perempuan tapi sebab keluarga dan kawan-kawan..
Mungkin sebab umur dah meningkat...
Dan sudah berpecah dari kawan-kawan yang rapat..
KerNa semua dah berpecah untuk kejar cita-cita.
Bila sudak berusia 19 tahun nie aku rasa seperti "Layang-Layang Yang Terbang Sendirian"
Yang paling banyak pelajaran dan pengajaran telah ubah hidup aku..

Walau bagaimanapun hidup mesti diteruskan..
Pelajaran mesti di utamakan..
Pengajaran buat contoh dalam hidup..
Dunia kini tiada masa lagi untuk orang-orang yang malas..
Have A Nice Day..

Salam... 

Wednesday, 13 April 2011

Tips Bercinta


 Pagi ini aku nak berkongsi cerita dan tips untuk cinta berkekalan seperti aku dan si dia yang selama ini telah terjalin selama dua tahun. Perkenalan kami telah ditakdirkan di melaka ketika kami berusia 17 tahun. Alhamdulillah dengan izin allah dan restu ibu bapa. kami telah saling sayang menyayang antara satu sama lain sehingga kini. Cuma bergaduh tu ada la juga bila ada persilisihan faham. Bak kata Arwah P.Ramlee yang mendendangkan lagu Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Apa Pula Suami Isteri. walaubagaimanapun kami akan berusaha untuk jadikan cinta ini berterusan hingga ke akhir zaman. Dia bernama Nor Shyla Mohd Nor


Korang nak tahu bagaimana ingin cinta berkekalan untuk selama-lamanya. First memang tak dapat dinafikan ikut jalan allah, seperti jauhkan larangannye, dan buatlah suruhannya contoh seperti sembahyang jangan la lupa yew..


PENAMPILAN
Seterusnya mesti sentiasa menjaga penampilan, sebelum pergi dating tu jangan lupa pulak nak mandi, nanti bila balik dating dapat mesej yang mengatakan kita putus. Korang nak macam tu? mesti tak nak kan. And then pakai la deodoran dan perfume. COP!!! korang jangan pakai minyak wangi yang memeningkan just simple je. Bila sudah kelihatan cantik menawan dan hensem lagi bergaya barulah pergi buat date. Sekurang-kurangnye tak delah nampak hodoh bila dah pun tergolong dari golongan yang hodoh....Betol??


SENYUMAN
Kemudian korang mesti selalu berikan senyuman yang ikhlas kerana senyuman yang ikhlas melambangkan muka yang sempurna. Bila bercakap mesti merendahkan diri, ini kerana bila kita merendahkan diri, pergaduhan susah nak timbul hanya perasaan kasih sayang yang berkuasa. Dan yang paling utama, jaga kesihatan mereka serta jangan terlalu mengongkong, always berikan sedikit ruang untuk berkawan....TaPi.........!!! mesti dibawah pemerhatian la...takut silap je hari bulan, kena kebas pulak kan...


MINTAK IZIN IBU BAPA SI DIA
Dari segi keluarga pulak...untuk dapat restu dari ibu bapa korang cuba berkenalan dengan keluarga si dia, dan minta keizinan untuk berkawan dengan si dia. Ayat macam tu je..tapi dari segi zaman sekarang nie, cakap kat ibubapa si dia hanya berkawan, padahal couple..huhuh..kalau takut nak berjumpa ibubapa si dia ikot cara aku first time dulu, time raya datang rumah dia. Hurm time tu la bersembang macam-macam dengan keluarga dia. Bukan apa, ini semua untuk mempertahankan kisah percintaan dan juga mengeratkan silatulrahim antara kuarga masing-masing.

KalaU TaK PercayA, CubA.Insyaallah..

                                                                     AssalamualaikuM

Tuesday, 12 April 2011

Waktu Bila Orang Akan Rasa Menyampah ? ? ! ! !




adat la manusia bila ada rasa menyampah kepada orang lain..tapi bila???nak tahu jum lihat di bawah...


1. Menyampah Kat Suami
-Bila isteri suruh basuhkan berak anak, suami lari keluar..

2. Menyampah Kat Bini
-Bila suami dapat gaji, time tu la bini nak mintak duit untuk shoping..

3. Menyampah Kat Pakwe
-Bila pakwe mungkir janji nak kua jalan bersama.

4. Menyampah Kat Makwe
-Bila makwe senyap kalau keluar g dating.memang menyampah la pun,..huhu

5. Menyampah Kat Bos
-Bila bos bagi gaji sikit sebab buat kerja main-main..

6. Menyampah Kat Pekerja
-Bila bos suruh buat kerja sikit, dah pekerja nak dinaikkan gaji..sampai bila an...

7. Menyampah Kat Doktor Lak
-Bila nak menunggu no giliran. time tu pulak tengah sakit dan tidak boleh tahan..

8. Menyampah Kat Cikgu
-Bila cikgu bagi banyak kerja rumah, then bila tak siap kena denda lah apalah...

9. Menyampah Kat Pensyarah
-Bila pensyarah bagi assignment banyak2, pastu kalau tak siap, tolak markah penilaian berterusan...

10. Menyampah Kat Kawan
-Bila kawan tak nak keluar bila diajak. Bila tak diajak baru la nak keluar.

11. Menyampah Kat Line Hand Phone
-Bila time tu tengah dalam ada masalah dengan awek, time tu jugak la line nak wat hal..bukan menyampah je, tapi tahap benci dah..

Assalamulaikum.

CeRiTa HaNtU . . .?


  
Hari ni nak berkongsi satu cerita seram..ni realiti bukan fantasi.hari tu 1 april hingga 3 april aku dengan keluArga balik kampung untuk menziarahi atuk yang tengah sakit.

kampung aku bertempat di negeri kedah darul aman. kampung aku tempat yang pedalaman kalau siang memang meriah , tapi bila malam tu la segala tempat hantu melepak. huhu sambil ketawa, sambil muncul lagi perasaan takot ni pasal hari tu.

 dulu time kecik-kecik aku memang tidak menafikan yang aku seorang yang penakut kepada makhluk halus. tapi bila dah berusia 19 tahun nie, nak kata hantu tu tak ada la takut sangat. Hehehe tapi tah la kenapalah perkara tu boleh jadi kisah seram dalam hidup aku. Mungkin sebab ini kali pertama aku terserempak dengan makhluk tu.

first aku nak cakap yang aku nie seorang perokok..honestly..
 kita mula dari bila aku sudah tiba di kampung. Sebelum sampai aku memang dah lama sangap nak hisap rokok. Biasa la belum dapat lesen merokok lagi sebab mama n ayah aku berkhidmat dalam tentera. kita balik kepada cerita asl.

pada masa tu jam dah pukul 2:15 pagi.Dulu kampung tu kalau pagi-pagi cam tu ramai lagi remaja-remaja  yang masih melepak-lepak. tapi sekarang dah takde lagi sejak arwah jiran rumah atuk aku meninggal. yang setahu aku, jiran rumah atuk aku tu banyak pakai ilmu, tapi aku tak tahu samada ilmu yang digunakannya itu ilmu islam atau ilmu hitam. tapi tu bukan penghalang untuk aku menghilangkan sangap aku pada sebatang rokok. HuHuHu. selepas semua barang sudah dibawa masuk kedalam rumah, aku pun keluar untuk membakar sebatang rokok.

Aku pun bakar rokok!!. waktu tu kat luar rumah atuk aku memang dah bau KEMENYAN, tapi aku masih selamber nak merokok lagi. Dah setengah jugak la aku merokok sebatang rokok, kalau smoking tak kan la nak keras pandang kat satu tempat je kan, so mesti la nak pandang sekeliling, tengah pandang-pandang ni, sekilas pandang aku kepada sebatang pokok kelapa, saja la nak tengok buahnya. Sebab dulu pokok tu masih tidak berbuah, tapi sekarang dah berbuah. Time tu la mata aku nak memandang kearah buah kelapa tu. Ketika pandang je aku ternampak KAIN PUTIH yang seperti melihat ke arah aku, so dengan perasaan terkejut sangat, aku terkedu,terkejal,terpakulah disitu. Dan  selepas itu aku beralihkan pandangan ku kearah kaki, dengan perasaan takut, macam-macam ayat suci al-Quran yang aku hafal, aku baca. Selepas tu bila hatiku sudah lega, aku kembali pandang semula ke arah pokok kelapa tu untuk kepastian yang makhluk tu masih ada lagi atau tidak dan betul ke yang aku pandang tu makhluk halus.

Yahhhhh bila pandang lagi sekali, benda tu masih ada lagi dan masih memandang ke arah aku dengan pandangan yang tajam, dengan kelam kabut aku lagi masuk rumah basuh kaki, dan terus ke atas katil.

Ayah aku tanya kenapa kelam kabut nie, aku ceritakan perkara yang sebenar yang terjadi kepada ku. Selepas aku ceritakan perkara tu, kemudiannya ayah aku cerita sepenuhnya kisah pokok kelapa tu. barulah aku tahu pokok tu memang dari dulu keras. jiran rumah atuk aku yang letak makhluk tu untuk menjaga kawasan tu.

Dan itu akan buatkan aku pengajaran dan peringatan untuk terus hidup di dunia yang fana ini bila kembali kehalaman kampung pada satu hari akan datang. Dan aku akan berjanji tidak akan pandang pokok tu lagi kecuali pada siang hari hihihih.naik bulu roma pakcik..

Assalamualaikum.


Friday, 8 April 2011

endon kena tipu!!



huhuh lawak.....hari tu time keluar dengan kawan-kawan ,aku ngan kawan2 shoping la at pavilllion...dah puas shoping kitorang berjalan la kat b.b plaza lak....bila sampai je kat b.b plaza, kitorang pusing2 nak cari kedai kasut al-ihsan.

Tengah pusing-pusing uh..,keredit aku lak low...
awek dah bising lama tak reply mesej,
so pergi la beli topap sampai kat kedai topap tu..tetibe aku terdengar sorang endon nie mara-mara
aku pon nak tau la kenapa indon tu marah-marah....an tetibe je lak terpekik-pekik kat kedai uh.....

kebetulan member akupon tengah usha2 enset kat situ. so aku ask la member aku nie."asal dengan endon tu fik"?member aku cite dari mula endon tu datang..
cam nie.aku ingat tak ingat la. sbb da lame berlaku an..tak silap aku,first endon tu datang dia tanya 1 enset tu harga berapa?cina tokei tu ckp harganya RM 850.endon tu pakai enset N9 yang terbaru jugak la..
tapi tu yang slek nye.endon tu minat kat 1 enset nie, tak silap SONY VIVAZ la kowt..so nak trade in la..
endon tu hulur la enset N9 dia..cina tu pun ambik, dan mcm mane cina tu cakap "Ni handphone china, tak laku untuk jual"..nak tahu kenapa endon tu mengamuk??hahaha yang aku tahu endon tu beli N9 "china" kat kedai tu jugak enset .tu yang die mengamuk habis...huhu salam..