Tuesday 12 April 2011

CeRiTa HaNtU . . .?


  
Hari ni nak berkongsi satu cerita seram..ni realiti bukan fantasi.hari tu 1 april hingga 3 april aku dengan keluArga balik kampung untuk menziarahi atuk yang tengah sakit.

kampung aku bertempat di negeri kedah darul aman. kampung aku tempat yang pedalaman kalau siang memang meriah , tapi bila malam tu la segala tempat hantu melepak. huhu sambil ketawa, sambil muncul lagi perasaan takot ni pasal hari tu.

 dulu time kecik-kecik aku memang tidak menafikan yang aku seorang yang penakut kepada makhluk halus. tapi bila dah berusia 19 tahun nie, nak kata hantu tu tak ada la takut sangat. Hehehe tapi tah la kenapalah perkara tu boleh jadi kisah seram dalam hidup aku. Mungkin sebab ini kali pertama aku terserempak dengan makhluk tu.

first aku nak cakap yang aku nie seorang perokok..honestly..
 kita mula dari bila aku sudah tiba di kampung. Sebelum sampai aku memang dah lama sangap nak hisap rokok. Biasa la belum dapat lesen merokok lagi sebab mama n ayah aku berkhidmat dalam tentera. kita balik kepada cerita asl.

pada masa tu jam dah pukul 2:15 pagi.Dulu kampung tu kalau pagi-pagi cam tu ramai lagi remaja-remaja  yang masih melepak-lepak. tapi sekarang dah takde lagi sejak arwah jiran rumah atuk aku meninggal. yang setahu aku, jiran rumah atuk aku tu banyak pakai ilmu, tapi aku tak tahu samada ilmu yang digunakannya itu ilmu islam atau ilmu hitam. tapi tu bukan penghalang untuk aku menghilangkan sangap aku pada sebatang rokok. HuHuHu. selepas semua barang sudah dibawa masuk kedalam rumah, aku pun keluar untuk membakar sebatang rokok.

Aku pun bakar rokok!!. waktu tu kat luar rumah atuk aku memang dah bau KEMENYAN, tapi aku masih selamber nak merokok lagi. Dah setengah jugak la aku merokok sebatang rokok, kalau smoking tak kan la nak keras pandang kat satu tempat je kan, so mesti la nak pandang sekeliling, tengah pandang-pandang ni, sekilas pandang aku kepada sebatang pokok kelapa, saja la nak tengok buahnya. Sebab dulu pokok tu masih tidak berbuah, tapi sekarang dah berbuah. Time tu la mata aku nak memandang kearah buah kelapa tu. Ketika pandang je aku ternampak KAIN PUTIH yang seperti melihat ke arah aku, so dengan perasaan terkejut sangat, aku terkedu,terkejal,terpakulah disitu. Dan  selepas itu aku beralihkan pandangan ku kearah kaki, dengan perasaan takut, macam-macam ayat suci al-Quran yang aku hafal, aku baca. Selepas tu bila hatiku sudah lega, aku kembali pandang semula ke arah pokok kelapa tu untuk kepastian yang makhluk tu masih ada lagi atau tidak dan betul ke yang aku pandang tu makhluk halus.

Yahhhhh bila pandang lagi sekali, benda tu masih ada lagi dan masih memandang ke arah aku dengan pandangan yang tajam, dengan kelam kabut aku lagi masuk rumah basuh kaki, dan terus ke atas katil.

Ayah aku tanya kenapa kelam kabut nie, aku ceritakan perkara yang sebenar yang terjadi kepada ku. Selepas aku ceritakan perkara tu, kemudiannya ayah aku cerita sepenuhnya kisah pokok kelapa tu. barulah aku tahu pokok tu memang dari dulu keras. jiran rumah atuk aku yang letak makhluk tu untuk menjaga kawasan tu.

Dan itu akan buatkan aku pengajaran dan peringatan untuk terus hidup di dunia yang fana ini bila kembali kehalaman kampung pada satu hari akan datang. Dan aku akan berjanji tidak akan pandang pokok tu lagi kecuali pada siang hari hihihih.naik bulu roma pakcik..

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment